Hari ini, Jumaat 16hb Sep 2011, seperti biasa Gee melayari internet. Dan seperti biasa Gee suka sangat googling apa je sama ada yang terlintas di fikiran ataupun tidak.
Pagi ini, Gee tidak tahu apa kah yang ingin aku google kan. Tiba2 terfikir di benak fikiran Gee akan menaip perkataan "Odai".. Apakah yang appear? Anda google dan click lah sendiri.. Maka Gee pun n.click gambar pertama yang appear.
Subhanallah.. apa terjadi pada dunia Mu ya Allah?? Gambar2 peperangan belumuran dengan darah. Gee tidak menyangka begitu kejam manusia pada masa ini. Tidak berperikemanusiaan dan berhati peut. Menjadi tanda tanya Gee, apa kah mereka tidak pernah terlintas jika kekejaman itu menimpa diri mereka sendiri atau ahli keluarga mereka? Apa kah tidak ada belas kasihan mereka akan manusia yang mereka zalimi? Tidak ada kah jalan menyelesaian hingga mereka perlu melibatkan peperangan dan kematian?
Terkadang bertanya juga akan diri sendiri, mereka pembunuh atau pengebom yang berani mati ni.. tak syg nyawa ke? Tak de keluarga ke?
Paling kejam bila Gee pernah membaca article wanita dan kanak2 yang menjadi korban kezaliman mereka. Mereka ni tak de keluarga ke? Apa rasa nya jika mama, kaka, adek2 mereka diperlakuan hal yang sama? Ketawa kah mereka seperti mana rasa gembira tatkala melakukan kekejaman?
Yang tak habis fikir, kenapa lah ada yang menyalahi satu salah lain? Betul lah kadang2 kita terfikir, mereka berperang kerna bangunan yang menjadi kebanggaan mereka tuuuu.. yang dok tinggi sampai ke langit tu... tau2 kena langgar dan ramai yang terkorban. Tapi apa yang mereka syak ni.. baik betul? Atau hal ni berlaku sekadar alasan mereka untuk menyerang negeri yang kaya akan sumber2 mereka yang tertentu? Wlwpun apa yang Gee kata ni tak masuk akal (jika ada yang berfikir sebegitu), tapiiiii.. bolih jadi juga. Kenapa tidak? sedangkan mereka sanggup menyakiti wanita dan kanak2??
Ntah apa lagi alasan akan peperangan ini.
Kenapa peperangan yang menjadi jalan penyelesaian mereka? Mengapa kekejaman yang mereka pilih?
Sedang kan Ya Allah~ penyeselesaian secara damai ada dan berkasih sayang itu indah dibandingan kekejaman.
Jika anda pernah mendengaran sebuah lagu lama bertajuk "Naluri Cinta" nyanyian Rohana Jalil dan Toki... ia berkaitan serba sedikit akan dunia kita yang indah tapi dinodai olih sifat manusia yang durjana..
(Skian Wasalam)
Naluri Cinta
Di daerah itu langit kelabu
Sejak lama
Suria di situ tiada lagi
Bercahaya
Degup jantung dan denyutan nadi
Di setiap saat
Ada yang terhenti
Melalui
Penderitaan hari ke hari
Disedari betapapun berat mata
Yang memandang
Betapalah jiwa yang sarat menanggung
Penderaan
Hanya kesalan dan kata kata
Sedang tindakan jauh dari nyata
Semakin jelas
Kemunafiqan makhluk bernama manusia
Usahlah kita mengharapkan lagi
Dari mereka kata simpati
Ucapan di bibir lembut meniti
Tiada semestinya pengucapan di hati
Hanyalah kita
Sesama kita
yang memahami erti derita
Sesama kita mari semaikan
Naluri cinta
Kemanusiaan
Hanyalah kita
Sesama kita
yang memahami erti derita
Sesama kita mari semaikan
Naluri cinta
Kemanusiaan
Kemanusiaan
No comments:
Post a Comment